Hot !

11 Lagi Penguat Kuasa Anggota PDRM Ditahan SPRM





INILAH sebahagian daripada 10 anggota polis yang ditahan SPRM di Kedah dan Perak kerana disyaki terbabit melindungi aktiviti menyeludup keluar petrol dan diesel secara haram ke negara jiran melalui pintu masuk sempadan utara Semenanjung.



KUALA LUMPUR ? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki terbabit melindungi aktiviti menyeludup keluar petrol dan diesel secara haram ke negara jiran melalui pintu masuk sempadan utara Semenanjung baru-baru ini

SPRM dalam satu kenyataan akhbar semalam memberitahu, enam daripada sembilan yang ditahan merupakan anggota polis berpangkat koperal dan masing-masing seorang Konstabel, sarjan dan sarjan mejar manakala dua lagi yang ditahan merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Kesemua mereka ditahan antara pukul 11.30 pagi dan 7 malam sekali gus menjadikan seramai 26 individu ditahan pihak SPRM sepanjang Ops Licin 2.

Tujuh daripada mereka ditahan di pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.

Seorang anggota PGA ditahan di Kem PGA Ulu Kinta, Perak manakala seorang lagi anggota PGA ditahan di Bidor, katanya.


Sumber

0 Response to "11 Lagi Penguat Kuasa Anggota PDRM Ditahan SPRM"

Post a Comment