Hot !

10 Jahitan Selepas Bergelut Dengan Peragut




PETALING JAYA - Seorang konsultan menerima 10 jahitan di kepala dan empat di lengan selepas bergelut dengan penjenayah yang melarikan wangnya di Kota Damansara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berurusan di ATM sebuah bank, kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa didatangi seorang penjenayah yang memakai topi keledar dengan visor gelap yang memaksanya mengeluarkan wang.


Mangsa berlumuran darah selepas bergelut dengan penjenayah




Selepas wang RM1,000 diperoleh, penjenayah itu merampas kad ATM milik mangsa. Ketika itu berlaku tolak-menolak menyebabkan mangsa cedera, katanya.

Menurut Azmi, penjenayah itu juga merampas telefon bimbit sebelum lari dengan membonceng motosikal rakan yang menantinya di luar premis.

Mangsa kerugian RM3,600 semuanya.

Pemeriksaan di lokasi, polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan penjenayah itu. Tiada pengawal keselamatan bertugas semasa di tempat kejadian,? katanya.



- sinarharian.com.my

Related Posts :

0 Response to "10 Jahitan Selepas Bergelut Dengan Peragut"

Post a Comment