Hot !

Ular Tedung Dalam Almari Pakaian




CHANGLOON - Seorang peniaga terkejut besar apabila seekor ular tedung ditemui dalam sebuah almari pakaian di kediaman mereka di Taman Pertama, di sini, kelmarin.

Rozita Ismail, 36, berkata, kehadiran tetamu tidak diundang itu disedari ketika mahu mengambil pakaian dalam almari tersebut.

Masa buka almari itu, saya dengar bunyi pelik, kemudian nampak haiwan itu sedang mengembangkan kepalanya. Saya terus tutup almari dan beritahu suami.

 


Suami Rozita, Muhamad Saad Abdullah, menunjukkan ular tedung yang ditemui dalam almari rumahnya

 


Kami kemudian bertindak menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular tersebut. Bagaimanapun ketika anggota bomba datang, ular tersebut hilang, katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha mencari oleh anggota bomba gagal apabila ular tedung panjang kira-kira lebih semeter itu tersebut tidak ditemui.

Selepas bomba pulang baru kami nampak semula dan mengambil tindakan sendiri memukulnya menggunakan sebatang buluh sehingga mati, katanya.


Sumber

0 Response to "Ular Tedung Dalam Almari Pakaian"

Post a Comment