Hot !

Tawaran Kambing RM1




JOHOR BAHRU – “Masih ramai tidak percaya kita menawarkan RM1 untuk harga kambing aqiqah bagi bayi yang lahir sempena maulidur rasul kerana menganggap ia seakan tidak masuk akal,” itu pengakuan Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty.

Pada tahun ini, seramai 63 bayi terpilih menerima kambing aqiqah RM1, bagaimanapun jumlah berkenaan adalah berkurangan berbanding dua tahun lepas apabila konsep berkenaan diperkenalkan syarikatnya.

 


Seramai 63 bayi terpilih untuk tawaran kambing aqiqah RM1 oleh Osman Goat Farm tahun ini




Beliau akui, masih ada yang menghubunginya inginkan kepastian mengenai tawaran kambing RM1 selepas melihat berita berkenaan di internet sedangkan tawaran ini telah memasuki tahun ketiga dan mendapat liputan media arus perdana.

“Sebenarnya saya inginkan memberikan secara percuma kepada bayi yang lahir pada 12 Rabiulawal atau jatuh pada 3 Januari lalu manakala RM1 diletakkan hanyalah sebagai akad jual beli.

“Sebelum ini kita meletakkan syarat iaitu bayi berkenaan mestilah dilahirkan di hospital kerajaan. Bagaimanapun, tahun ini kita membuat kelainan dengan memberi peluang kepada bayi yang dilahirkan di hospital swasta pada tarikh berkenaan.” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kambing RM1 di Ladang Osman Goat Farm, Kangkar Tebrau, di sini, semalam yang disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Datuk Kiyai Samsudin.

Osman dalam pada itu, mengakui turut menawarkan harga serupa pada sambutan Maulidur Rasul akan datang yang akan disambut pada hujung tahun ini, bagaimanapun penyerahannya akan diadakan secara besar-besar pada tahun depan.

Sementara itu, Surirumah, Syarifah Norfaizah Aris,30 dan suami, Muhammad Zamri Sulaiman, 32 mengakui amat bersyukur kerana terpilih untuk mendapatkan kambing aqiqah RM1 daripada Osman Goat Farm.


Sumber

0 Response to "Tawaran Kambing RM1"

Post a Comment