Hot !

Polis Tahan Seorang Wanita Bersama 9 Lelaki Dalam Semak




BACHOK - Sembilan lelaki dan seorang wanita disyaki penagih dadah ditahan dalam semak Kampung Padang Lati, Bekelam dekat sini tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, Ops Sarang 2 itu dijalankan bermula dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari disertai lima anggota polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Narkotik, Assisten Superintendan I Chuan Eplat.

 


Suspek penagih dadah yang ditangkap dalam Ops Sarang 2 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian





"Dua lelaki Melayu yang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki empat biji pil kuda dan heroin (0.1 gram).

"Manakala tujuh lelaki Melayu lain bersama seorang wanita akan menjalani saringan awal polis. Ops sarang ini merupakan kali Kedua untuk tahun ini. Kali pertama di Kampung Telok di bulan lalu dan kami berjaya menangkap seramai 9 orang penagih dadah," katanya ketika sidang media selepas operasi itu.

Abdul Hamid berkata, sepanjang tempoh Januari hingga 4 Februari 2014 sebanyak 120 kes dan 122 tangkapan dijalankan dengan pelbagai kesalahan.

Manakala sepanjang tahun 2014 sebanyak 1,077 kes dan 1,122 tangkapan dalam pelbagai kesalahan narkotik.



sumber: sinarharian.com.my

0 Response to "Polis Tahan Seorang Wanita Bersama 9 Lelaki Dalam Semak"

Post a Comment