Hot !

KPN Mangsa Akaun Facebook Palsu




KUALA LUMPUR, 31 Januari: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga tidak terkecuali menjadi mangsa akaun Facebook palsu.

Siasatan atas Facebook akaun menggunakan nama Khalid menunjukkan ia dibuka pada 2013 dan adalah secara private (tertutup) kecuali mereka yang berada dalam senarai sahabat.

Posting bertarikh 23 May, 2013 berbunyi: ?As Salam kepada semua sahabat FB, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas ucapan dan komen sempena kenaikan pangkat sebagai Ketua Polis Negara.

 


Akaun palsu yang menggunakan nama Khalid dibuka sejak 2013 - Foto: Facebook



Apa yang saya inginkan adalah kerjasama dan kepercayaan daripada masyarakat terhadap PDRM dalam usaha kami mengekalkan keharmonian negara tercinta kita.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata pihak polis telah memaklumkan mengenai akaun palsu itu kepada pengurusan rangkaian sosial terbesar itu.


sumber: therakyatpost.com

0 Response to "KPN Mangsa Akaun Facebook Palsu"

Post a Comment