Hot !

India Berjaya Lancar Peluru Berpandu Jarak Jauh Agni V Dari Trak










NEW DELHI: India hari ini berjaya dalam ujian pertama menggunakan pelancar mudah alih bagi menembak peluru berpandu jarak jauh yang mampu membawa peledak nuklear jauh ke dalam wilayah China.

Biarpun ia ujian ketiga membabitkan peluru berpandu Agni V, ia adalah yang pertama dilancarkan dari kanister yang dipasang pada trak berbanding tapak pelancar konkrit sebelum ini.

Mekanisme pelancaran baharu itu memberi kelebihan dalam mobiliti operasi tentera India.

"Kejayaan menguji pelancaran Agni V dari kanister menjadikan peluru berpandu itu aset berharga pasukan tentera kami," kata Perdana Menteri India, Narendra Modi, dalam entri Twitternya selepas ujian di Orissa di timur India..

Agni V yang dibangunkan Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Pertahanan, diuji buat kali pertama pada April 2012.

Menurut penganalisis, Agni V mampu sampai ke sasaran di tanah besar China, termasuk kemudahan tentera di timur laut negara itu. - AFP



sumber: bharian.com.my

0 Response to "India Berjaya Lancar Peluru Berpandu Jarak Jauh Agni V Dari Trak"

Post a Comment