Hot !

Foto Seorang Makcik Beri Makan Kucing & Anjing Jadi Tumpuan




KUALA LUMPUR, 27 Februari: Sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita sedang memberi makan kepada beberapa anjing dan kucing menjadi viral di media sosial.

Gambar yang disebarkan oleh Oh! Media di laman Facebook pada asalnya semakin mendapat perhatian ramai pengguna media sosial sekaligus memberi pelbagai respon.



Foto yang disebar melalui Facebook kini semakin mendapat perhatian pengguna. Gambar: Oh!Media


Rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan wanita berkenaan yang disifatkan penyayang terhadap haiwan.

Malah sikap keperihatinan wanita itu boleh dijadikan contoh selain mendoakan wanita itu dimurahkan rezeki.

Menurut page berkenaan, wanita itu dikenali sebagai Naziah itu akan memasak sosej di pejabatnya sebelum memberi haiwan berkenaan makan.

Tiap-tiap hari dalam jam 4 lebih dia akan memasak tiga pek sosej di pantri untuk diberi makan kepada haiwan berkenaan di tempat parkir pejabat.

Bukan sahaja sosej malah roti, ikan dan pelbagai lagi,? kata seorang pengguna yang menyalurkan maklumat berkenaan wanita itu di Facebook.

Malah, katanya wanita berkenaan tidak gentar dan tetap meneruskan aktivitinya setiap petang meskipun telah dipanggil oleh majikannya.

Tapi ada juga orang tidak suka sebab takut ada anjing kacau orang di parkir kereta. Sampai kena panggil dengan bos, jangan bagi makan anjing-anjing tu.

Tapi sampai hari ini saya lihat Naziah masih bagi haiwan-haiwan itu makan, ujarnya.



- therakyatpost.com

0 Response to "Foto Seorang Makcik Beri Makan Kucing & Anjing Jadi Tumpuan"

Post a Comment