Hot !

Ditahan Bawak Motor Berkuasa Tinggi Tiada Lesen, Insurans

BANDARAYA MELAKA - Bukan sahaja tidak mempunyai lesen memandu motosikal berkuasa besar, seorang pekerja bank turut disaman polis kerana menunggang ?kuda? dari Kuala Lumpur tanpa perlindungan insurans.

Menurut sumber, lelaki berusia 28 tahun yang menunggang sendirian motosikal jenis MV Agusta Rivale 800 itu disaman atas tiga kesalahan dalam satu operasi di Jalan Merdeka, Banda Hilir, kelmarin.



Seorang lelaki memberi penjelasan kepada seorang pegawai dan anggota trafik selepas dia ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Merdeka, Banda Hilir




Difahamkan dalam kejadian jam 4.10 petang, motosikal penunggang yang sudah tamat cukai jalan Oktober tahun lalu itu turut tidak melakukan kesalahan nombor pendaftaran di bahagian belakang tidak lengkap.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, motosikal lelaki tersebut antara 463 kenderaan yang diperiksa di empat lokasi di tiga daerah negeri ini.

Jumlah itu merangkumi pemeriksaan 208 kenderaan di Melaka Tengah, Jasin (55) dan Alor Gajah (200) dan daripada jumlah itu, sebanyak 397 saman telah dikeluarkan.

Saman tersebut membabitkan pelbagai kesalahan antaranya menghalang lalu lintas, tidak memakai topi keledar, tidak menggunakan tali pinggang keledar, muatan lebih dan lampu brek tidak menyala,? katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi yang melibatkan kira-kira 25 anggota dan pegawai dari Balai Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah tersebut akan terus diadakan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.



sumber: sinarharian.com.my

0 Response to "Ditahan Bawak Motor Berkuasa Tinggi Tiada Lesen, Insurans"

Post a Comment