#Cerita petang tadi. Benar-benar
terkesan di hati saya.
#Sejak petrol turun harga saya tak
pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah (nama kereta). Tadi tank
masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di
kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai
rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar
petrol.
Saya
malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya
pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak
letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba
pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang
minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor
masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan
nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira.
Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi,
ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap
tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap
"ambillah akak malas nak refund ke
dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk,
nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk
syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh
apesal?"
Dia jawab dalam menahan
sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak
tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je
ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok
fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki
saya dapat minyak motor free,"
Saya
pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki
awak,"
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari
jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cenggeng dah banjir
dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU
janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya
sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas,
sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya
berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua
Allah susun sebaiknya.
Sepatutnya tadi saya guna debit kad
seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen
minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak
isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45
sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari
membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur
cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki
kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini
dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma
perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak
kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik,
biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan
kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya
semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya
padaNya. Menulis ini pun saya sebak...
Sumber asal:wall fb Pnut
Shafinaz
0 Response to "WANITA INI HANYA INGIN BERKONGSI MINYAK RM5, TETAPI APA YANG BELIAU DAPAT SELEPAS ITU ???!!"
Post a Comment