Hot !

Wanita didenda RM100,000 letak kereta depan garaj sendiri






CARLY MACKIE menerima saman terkumpul sejak lebih setahun lalu berjumlah lebih RM100,000 hanya kerana meletak kereta di depan garaj kereta rumahnya di Dundee. - AGENSI

LONDON 27 Jan. ? Seorang wanita Britain tidak menyangka tindakannya meletakkan kereta di depan garaj sendiri mengundang padah apabila menerima denda berjumlah 18,500 pound (RM100,157) selepas dia mengabaikan setiap saman letak kereta sejak lebih setahun lalu.

Wanita itu, Carly Mackie menerima surat rasmi daripada syarikat swasta yang menguruskan hal letak kereta, Vehicle Control Services Limited, yang menuntut dia membayar kesemua denda terbabit bagi menanggung kos berpuluh-puluh saman yang dikenakan terhadapnya hampir setiap hari.

Menurut laporan portal Mail Online yang memetik kenyataan Mackie berkata, dia mempunyai hak untuk meletakkan kereta di depan rumahnya sendiri dan tidak menyalahi undang-undang lain termasuk meletak kenderaan di atas garisan kuning berkembar.

Jelas wanita berusia 26 tahun itu, dia meletak kereta di depan garaj rumah sendiri dan tiada orang lain boleh meletak kenderaan di situ, malah tindakannya juga tidak menghalang mana-mana laluan.



sumber: utusan.com.my

0 Response to "Wanita didenda RM100,000 letak kereta depan garaj sendiri"

Post a Comment