Hot !

Timbang penggunaan telefon bimbit di sekolah






ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mempertimbangkan semula penggunaan telefon bimbit di sekolah memandangkan ia merupakan keperluan dan tuntutan semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata penggunaan telefon kini mustahil untuk disekat dan fokus harus diberi kepada penggunaan telefon secara positif.

"Sebab ibu bapa nak berkomunikasi dengan anak-anak, so komunikasi dalam erti kata telefon atau just text/sms. Jadi saya berpendapat sudah sampai masanya pihak KPM meluluskan telefon-telefon yang mempunyai item untuk call masuk call keluar, text masuk text keluar; Whatsapp, Facebook tu tak perlu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis sambutan 31 anak Kedah penuntut Universiti Malaysia Kelantan yang terjejas banjir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas isu video buli pelajar sekolah di Alor Setar yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, Tajul Urus berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan hal itu.

Semalam beberapa portal dalam talian menyiarkan video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di dalam sebuah bilik darjah kosong, dipercayai berlaku di Alor Setar. - Bernama


sumber: sinarharian.com.my

0 Response to "Timbang penggunaan telefon bimbit di sekolah"

Post a Comment