AMBANK Group menangguhkan sementara selama enam bulan bayaran balik bagi pinjaman perumahan dan kenderaan untuk pelanggannya di negeri yang terbabit dengan banjir.Naib Presiden Kanan Ambank Group, Syed Anuar Syed Ali berkata pelanggan yang terbabit dengan banjir perlu mengemukakan laporan polis sebagai pengesahan mereka adalah mangsa bencana alam itu."Penangguhan berkenaan berikutan ramai mangsa yang terjejas teruk akibat banjir seperti apa yang berlaku di Kelantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Syed Anuar berkata bagi mangsa yang kad mesin juruwang automatik (ATM), kad kredit dan buku cek rosak akibat bencana tersebut boleh mendapatkan yang baharu daripada cawangan bank berkenaan terdekat.Terdahulu beliau mengiringi Pengerusi Ambank Group Tan Sri Azman Hashim membuat tinjauan dan menghulurkan sumbangan bekalan makanan dan pakaian kepada penduduk di Kampung Ghucil Lama 7 dan Kampung Pasir Era, antara kampung yang teruk dilanda banjir di Kuala Krai. - Bernama
0 Response to "Ambank Tangguh Sementara Bayaran Balik Pinjaman"
Post a Comment