Hot !

Terpaksa Sembelih 30 Arnab Jam 4 Pagi

CHENOR - Seorang penduduk terpaksa menyembelih 30 ekor arnab pada jam 4 pagi apabila reban haiwan ternakan di Kampung Telok Melati itu semakin ditenggelami banjir.

Penduduk, Kamarulzaman Umar, 53, berkata, dia perlu mengambil tindakan tersebut bagi mengelakkan arnab yang dibela mati menjadi bangkai.


 




Kamarulzaman bersama anak-anaknya menunjukkan reban arnab peliharaannya.


 




Menurutnya, dalam kejadian banjir selama lapan hari itu, rumahnya yang terletak di hadapan Sungai Pahang ditenggelami air setinggi 2.5 meter.

?Ketika air mula naik, saya pindahkan arnab ke tingkat atas reban sementara alihkan barang rumah ke tempat tinggi. Tapi, kurang sejam selepas tu, air semakin tinggi mencecah tingkat atas reban dan membasahi kaki arnab. Melihatkan keadaan tu, saya segera menyembelih semua arnab dengan dibantu isteri," katanya.

Kamarulzaman berkata, dia tiga beranak tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir sebaliknya berteduh di atas rumah rakit.

Menurutnya, adalah menjadi kebiasaan pada setiap kali banjir mereka akan berbuat demikian.

?Tujuh hari duduk atas rumah rakit memang membosankan. Tapi, ada pihak yang tetap hantar bekalan makanan ke sini. Saya sekeluarga bersyukur sangat,? katanya.

0 Response to "Terpaksa Sembelih 30 Arnab Jam 4 Pagi"

Post a Comment