Hot !

Tarik Balik Al-Quran Ayat Tertinggal & Berulang

PORT DICKSON – Kelancaran bacaan Al-Quran imam Surau Taman Selasih terganggu apabila dia mengesyaki ayat lapan dalam surah Yusuf yang dibacanya daripada sebuah al-Quran terjemahan dwi bahasa, Melayu dan Inggeris edaran Yayasan Felda, tidak lengkap.

Dzulkarnain Abu Othman kemudian segera merujuk kepada naskhah Al-Quran dan dapati ayat awal dicetak dalam suruh itu tergantung.

"Saya hafal surah Yusuf. Ketika membaca surah itu dalam terjemahan Al-Quran ini, saya rasa ada kekurangan pada ayat lapan yang mana ia melangkau lima perkataan.

Surah Al-An’am ayat 117 yang berulang dua kali.

"Untuk mendapatkan kepastian, saya rujuk perkara ini kepada seorang hafiz iaitu Ustaz Hasan Alias, yang juga Pengetua Tahfiz Al-Tohiroh, di sini. Hasilnya memang benar, pangkal lima perkataan ayat berkenaan tertinggal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Surau Taman Selasih, semalam.

Beliau mendapat naskhah Al-Quran terjemahan dwi bahasa itu ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Lukut pada Ramadan lalu dan Surau Taman Selasih menerima dua naskhah terjemahan tersebut.

“Selepas disemak, kedua-dua Al-Quran terjemahan ini mempunyai kesalahan sama,” katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, sebaik dimaklumkan perkara tersebut, beliau segera membuat semakan dan ternyata memang terdapat kesalahan dalam nashkah tersebut.

“Saya juga dapat mengesan terdapat satu lagi kesalahan iaitu pada surah Al-An’am ayat 116 dan 117. Dalam naskhah terjemahan ini, tiada ayat 116, manakala ayat 117 diulang dua kali. Bagaimanapun, terjemahan pada kedua-dua ayatnya betul," katanya.

Kata Hasan, dia menyarankan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan berhubung perkara ini untuk kemaslahatan serta syiar agama Islam.

"Mereka perlu semak semula keseluruhan ayat al-Quran dan juga terjemahan dalam naskhah yang diedarkan Yayasan Felda. Jika perkara ini dibiarkan, kita semua akan tanggung dosa. Al-Quran adalah kalam ALLAH yang perlu kita pelihara.

“Perkara ini perlu dipandang serius dan ditangani segera memandangkan terjemahan Al-Quran ini telah mendapat pengesahan daripada KDN seperti mana tertera dalam helaian awal naskhah terbabit dan ia juga sudah diedarkan kepada ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Hasan menasihatkan orang ramai yang menerima Al-Quran terjemahan ini agar tidak lagi membaca atau merujuk pada nashkah tersebut dan segera memulangkannya kepada pihak bertanggungjawab seperti masjid ataupun jabatan agama berdekatan.

“Orang ramai juga boleh menghantar Al-Quran terjemahan berkenaan ke Pusat Tahfiz Al-Tohirah dan Surau Taman Selasih dan kami akan hantar ke pejabat agama untuk tindakan lanjut,” katanya.

sumbr: sinarharian

0 Response to "Tarik Balik Al-Quran Ayat Tertinggal & Berulang"

Post a Comment