Kuala Lumpur: Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang belajar di Universiti Hangzhou, daerah Zhejiang antara 36 yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Dataran Chen Yi, Shanghai, China ketika sambutan tahun baru.
Seorang lagi wanita rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, turut cedera dan kini dirawat di Hospital Changzheng , Shanghai.
Dalam kenyataan media petang ini, Kementerian Luar memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedang memeriksa senarai mangsa untuk memastikan jika ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
"Usaha sedang dibuat bagi memaklumkan keluarga mangsa yang berada di Malaysia,? katanya.
Sementara itu, Reuters melaporkan kepingan kertas seperti mata wang dollar AS yang dicampak dari sebuah bangunan dipercayai punca ribuan pengunjung dataran berkenaan berebut-rebut dan merempuh antara satu sama lain.
Ia adalah tragedi terburuk bandar raya berkenaan sejak kebakaran apartmen yang mengorbankan 58 orang pada 2010.
Saksi yang membawa seorang daripada 47 yang cedera ke hospital berkata, wang palsu dicampak dari sebuah kelab malam di bahagian atas jalan raya sebagai gimik sambutan tahun baru.
Cui Tingting, 27, pula berkata, dia mengutip beberapa keping wang berkenaan namun membuangnya sebaik menyedari ia palsu.
"Ia sangat kejam. Orang di depan saya terjatuh dan dipijak oleh pengunjung lain," katanya.
Stesen televisyen tempatan pula melaporkan, ketika kejadian, wang palsu bertebaran seperti 'salji'dan seorang rakyat Malaysia dilaporkan antara yang cedera dalam kejadian berkenaan.
Sementara itu, People's Daily, China melaporkan mangsa yang terbunuh berusia 16 hingga 36 tahun, 25 daripadanya wanita.
sumber: http://www.hmetro.com.my/node/20762#....dJFvkNFM.dpuf
0 Response to "Seorang rakyat Malaysia antara terkorban tragedi sambut tahun baru di Shanghai"
Post a Comment