Hot !

Tak Tahan Lihat Ibu Dimaki Hamun, Adik Pukul Abang Sampai Patah Kaki






Kuala Terengganu: Akibat tidak tahan melihat ibunya dimaki hamun, seorang adik bertindak memukul abangnya menggunakan sebatang kayu hingga menyebabkan mangsa patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Kampung Panji Alam, mangsa berusia 20 tahun dikatakan berang selepas ibunya, Zaimah Othman, 60, tidak memberikan wang kepadanya untuk membaiki motosikal.

Tindakan lelaki terbabit memaki hamun dan menolak ibunya yang dalam perjalanan ke masjid itu mengundang geram anak bongsu daripada 11 beradik sebelum bertindak melibas kayu sepanjang 50 sentimeter ke kaki kiri abangnya hingga patah.

Zaimah berkata, mangsa terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kerap meminta wang daripadanya.

Anaknya bukan saja meminta wang dengannya, malah turut memaki hamun dan mengamuk setiap hari semata-mata ingin mendapatkan wang membeli bahan terlarang itu.

Saya sudah lali mendengar maki hamunnya dan dia seperti hilang kewarasan serta tidak kenal ibu sendiri. Saya sudah tidak terdaya memarahinya kerana dia langsung tidak takut pada saya dan suami.

Hinggalah semalam (kelmarin), anak bongsu berusia 16 tahun tidak dapat menahan geram apabila saya ditolak sehingga hampir rebah oleh abangnya, katanya ketika ditemui di HSNZ, semalam.

Menurutnya, anaknya sebelum itu pernah dihantar ke Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), namun terpaksa dibawa pulang semula kerana menghidap penyakit batuk kering.



sumber: hmetro.com.my

0 Response to "Tak Tahan Lihat Ibu Dimaki Hamun, Adik Pukul Abang Sampai Patah Kaki"

Post a Comment