Hot !

Samun Terancang Di Lebuhraya

SEREMBAN - Suami isteri yang mengalami cedera parah di kepala, dipercaya diekori suspek sebelum ditetak dalam kejadian samun di Kilometer 246, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata, kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi selepas mangsa singgah di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang, arah selatan.

“Rakaman  percakapan kedua-dua mangsa telah diambil semalam. Kereta mangsa terbabas akibat tayar belakang pancit.

     
  • Laporan Sinar Harian yang disiarkan semalam.

“Kita percaya suspek telah buat sesuatu pada tayar kereta mangsa dan mengekori kereta mangsa dari belakang,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Proton Wira berwarna putih itu berpura-pura membantu mangsa sebelum menyamun dan menetak mangsa.

“Kita sedang mengesan suspek dan rakaman CCTV akan diteliti. Saksi yang melihat kejadian itu boleh tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

Semalam Sinar Harian melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Chong Kar How,24 dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, mengalami cedera parah di kepala selepas ditetak seorang lelaki dengan menggunakan parang.

Mangsa yang menaiki kereta jenis Honda City dalam perjalanan dari Perak ke Singapura itu terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum disamun suspek.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengumpul sumbangan barangan keperluan daripada anggota dan pegawai polis di daerah ini.

Pelbagai barangan keperluan seperti makanan, pakaian, kelengkapan lain dikumpul sejak beberapa hari lalu sebelum diserahkan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat banjir di negeri Pantai Timur - Sinar Harian

0 Response to "Samun Terancang Di Lebuhraya"

Post a Comment