Hot !

Diragut Tetamu Petang

Gambar Hiasan



SEREMBAN - Kunjungan dua lelaki ke rumah sepasang emas di Kampung Datuk Mansor, Rasah di sini menjadi mimpi negeri selepas tuan rumah diragut teramu tersebut.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku selepas kedua-dua suspek minum petang bersama mangsa dan suaminya, kelmarin.

Anak kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 39, berkata, ketika kejadian hanya ibu bapanya, masing-masing 81 tahun, dan seorang adik perempuannya berada di rumah.

“Ketika itu emak dan ayah sedang minum petang di ruang tamu. Tiba-tiba datang dua lelaki ke rumah sambil bertanya sama ada emak kenal dengan mereka atau tidak.

“Mak saya cakap dia memang kenal sebab mereka pernah tinggal di kampung kami. Jadi mak menjemput mereka masuk ke rumah untuk minum bersama sambil berbual-bual,” katanya.

Menurutnya, salah seorang lelaki itu kemudiannya meminta kebenaran ke tandas manakala seorang lagi terus keluar dari rumah.

Namun kata Ana, ketika bapanya menemani suspek untuk ke tandas, dia secara tiba-tiba memberitahu mahu pulang.

“Dia cakap tak jadi pergi tandas dan terus ke ruang tamu kononnya mahu bersalam dengan mak saya yang dipanggilnya ‘wan’.

“Masa itulah dia ambil kesempatan rentap rantai mak dan terus larikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya.

Ana berkata, emaknya yang terkejut tidak mampu berbuat apa-apa manakala bapa dan adiknya hanya menyedari kejadian itu selepas kedua-dua suspek melarikan diri.

Katanya, ibunya masih trauma dengan kejadian yang berlaku kerana pada mulanya menyangka lelaki tersebut datang ke rumah untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Terdapat luka kesan rentapan rantai di leher mak. Mujur emak tidak dicederakan,” katanya yang turut sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


sumber:

0 Response to "Diragut Tetamu Petang"

Post a Comment