Hot !

Rugi RM3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook






MELAKA - Seorang ahli perniagaan bersama kira-kira 50 ahli keluarga dan rakannya dilapor mengalami kerugian RM3.4 juta setelah membeli emas melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Ee Khong Koy berkata, lelaki berusia 33 tahun itu berurusan dengan sebuah syarikat pada September tahun lepas dengan jaminan keuntungan lumayan.

Beliau berkata, mangsa menyedari telah tertipu selepas tidak dapat lagi menghubungi syarikat tersebut pada 9 Januari lalu.

"Pada peringkat awal urusan pembelian berlaku tanpa masalah dan mangsa telah mengajak ahli keluarga dan rakannya untuk membeli emas daripada syarikat tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, emas yang dijanjikan tidak diterima," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontigen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat tersebut didapati mempunyai ramai ejen jualan di seluruh negara. - Bernama

0 Response to "Rugi RM3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook"

Post a Comment