Hot !

Pengembala Kambing Jumpa Mayat Reput Di Kebun Getah






Jempol: Mayat lelaki ditemui dalam keadaan reput di sebuah ladang getah di Kilometer 15 Jalan Bahau €“Rompin, dekat sini, berhampiran Taman Seri Rompin, petang semalam.

Mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh seorang lelaki pengembala kambing pada 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, buat masa ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan keadaan mayat yang sudah reput.

"Tiada sebarang dokuman pengenalan diri ditemui di lokasi penemuan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, punca kematian akan diperoleh sebaik bedah siasat dilakukan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.





sumber: hmetro.com.my

0 Response to "Pengembala Kambing Jumpa Mayat Reput Di Kebun Getah"

Post a Comment