Hot !

Pelajar Dihalau Pakai Baju Kurung, Sebab Nampak Coli?


SEMALAM (Rabu), heboh di portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar perempuan bukan Islam di sebuah sekolah di Cheras yang dihalang untuk masuk ke kelas dan disuruh balik kerana memakai baju kurung.

Pelajar tidak dibenarkan masuk kelas kerana berbaju kurung

Sebagai pembaca, pastinya ramai yang beranggapan tindakan pihak sekolah amatlah tidak wajar kerana inisiatif pelajar tersebut sepatutnya disokong kerana memilih untuk mengenakan baju kebangsaan dan tidak mendedahkan aurat kaki.

Namun, kesimpulan tidak sepatutnya dibuat terlalu awal kerana masih tiada pihak yang mengetahui sebab utama tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah terbabit.

Isu tersebut kemudiannya mendapat perhatian dari seorang guru disiplin di sebuah sekolah lain yang mempunyai andaian sendiri kenapa kejadian tersebut berlaku.






Menurut guru wanita yang menggunakan nama akaun Jayanthy Sri, dia berkata, pihak sekolah tidak akan sewenang-wenangnya menghalau pelajar pulang tanpa sebab yang kukuh.

Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan ***** nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.

Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!

Nah! Betul juga apa yang dibicarakan oleh guru itu. Mungkin tidak didedahkan secara terperinci, pelajar bukan Islam yang memilih untuk mengenakan baju kurung tidak sedar (atau buat-buat tak sedar) tentang perkara tersebut.

Lepas ini, kementerian dengan kerjasama pihak sekolah patut membuat taklimat khas buat pelajar perempuan bukan Islam tentang etika pemakaian tersebut agar ?isu pelajar dihalau balik? tidak lagi berulang.

Terang pada mereka, baju kurung sekolah sepatutnya dipakai bersama singlet agar baju dalam (coli) tidak kelihatan.

Kita sepatutnya menggalakkan keinginan pelajar terutamanya yang bukan Islam untuk tampil sopan mengenakan baju kurung untuk ke sekolah. Betul tak?


sumber: MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Pelajar Dihalau Pakai Baju Kurung, Sebab Nampak Coli?"

Post a Comment