Hot !

PANAS - Whatsapp Palsu Kononnya PM Umum BR1M Disebarkan


Semalam heboh di dada Facebook dan Whatapps kononnya dikatakan akaun Whatapps Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak , telah memaklumkan permbayaran wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)  telah dilakukan.

Sebaran gambar ini telah membuat orang ramai mula membanjiri bank untuk membuat semakan kemasukan wang tersebut.

Namun ramai ternyata kecewa tetapi ada juga yang mendakwa mereka sudah mendapat pembayaran BR1M tersebut.

Menurut Sumber dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan akaun tersebut palsu dan Perdana Menteri tiada akaun Whatsapp. Kewujudan akaun ini yang memberi maklumat semasa dipercayai akan digunakan untuk tujuan menyebarkan fitnah pada masa akan datang

0 Response to "PANAS - Whatsapp Palsu Kononnya PM Umum BR1M Disebarkan"

Post a Comment