Hot !

PANAS - Adidas 1Utama Suruh Buka Tudung Kalau Nak Kerja?




BULAN lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu anak penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor diminta untuk membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis Hamleys Malaysia yang terletak di pusat beli belah 1 Utama.

Susulan itu, pihak Hamleys telah membuat permohonan maaf dan memberi alasan pekerja yang menemuduga anak Rosyam itu merupakan pekerja baru dan tidak mempunyai kuasa mengambil pekerja.




Terbaharu, juga di pusat beli-belah sama, seorang gadis bernama Fatin Diana meluahkan rasa kesalnya menerusi akaun Facebook kerana turut dikenakan syarat yang serupa, kali ini di premis perniagaan barangan sukan Adidas.

Sejujurnya, kami tidak faham apa masalahnya jika mengambil pekerja bertudung sedangkan premis ini turut dikunjungi oleh orang Islam.

Apapun, jika sahih dakwaan gadis ini, kita tunggu apa pula penjelasan pihak Adidas mengenai perkara ini. 



sumber: mynewshub.cc

0 Response to "PANAS - Adidas 1Utama Suruh Buka Tudung Kalau Nak Kerja?"

Post a Comment