Hot !

Mayat Gadis Hilang Lepas Perahu Tambang Karam Ditemui Pagi Tadi






MUKAH: Mayat Nurul Atikah Rosli, 17, remaja yang dilaporkan hilang selepas perahu tambang dinaikinya karam semalam berjaya ditemui kira-kira jam 8 pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui di kawasan pantai Tepian Mukah, di sini lebih lima kilometer dari lokasi perahu tambangnya dilaporkan karam pagi semalam.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang kebetulan memasang pukat di kawasan pantai itu sebelum menghubungi polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, Allahyarham yang berasal dari Kampung Tanjung, di sini sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya mini di pusat bandar.

Bagaimanapun, perahu tambang dinaikinya melanggar tongkang, dipercayai berpunca dari arus deras sungai, sebelum karam.

Empat lagi mangsa, termasuk pemilik perahu tambang berjaya menyelamatkan diri selepas sempat melompat ke bot nelayan yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Jenazah Nurul Atikah kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Mukah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian



sumber: bharian.com.my

0 Response to "Mayat Gadis Hilang Lepas Perahu Tambang Karam Ditemui Pagi Tadi"

Post a Comment