Hot !

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Seludup 94 Buah iPhone Yang Diikat Dibadan


Guandong : Seorang lelaki dari Hong Kong telah ditahan oleh pegawai kastam di pelabuhan Futian di Shenzhen di sini kerana menyeludup 94 buah iPhone yang diikat pada badannya pada 11 Januari lalu.

Lelaki tersebut yang memakai jaket sukan berwarna merah dan 'sweatpants', menyerah diri kepada pegawai tersebut sambil berjalan dalam keadaan yang pelik.

Menurut laporan, alat pengesan besi di pintu tidak berfungsi ketika dia sedang melepasi kawalan di pelabuhan tersebut.

Lelaki tersebut sebelum ini pernah ditahan kerana menyeludup beberapa barang elektronik yang mahal ke Hong Kong.





0 Response to "Lelaki Ditahan Ketika Cuba Seludup 94 Buah iPhone Yang Diikat Dibadan"

Post a Comment