Hot !

Konflik: Russia Beri Amaran Kepada Ukraine







MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto Reuters

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev jangan menggunakan kekerasan dalam konflik di timur Ukraine di mana keganasan meningkat mendadak minggu ini.

"Kami memberi amaran kepada rakan kami di Ukraine supaya tidak cuba sekali lagi untuk kembali kepada kekerasan," katanya pada sidang media di Moscow.

Merujuk kepada serang roket ke atas sebuah bas yang mengorbankan 12 orang semalam, beliau berkata gencatan senjata rapuh di timur Ukraine sedang dicabuli.

"Tembakan semakin meningkat. Tragedi kematian penumpang bas kini diperkatakan orang ramai. kami mendesak siasatan menyeluruh," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menuduh Kiev menyerang bas berkenaan, iaitu kematian orang awam paling ramai sejak gencatan senjata 5 September tahun lalu bagi menamatkan peperangan sembilan bulan antara pasukan keselamatan Ukraine dan pemberontak pro-Russia.

Kerajaan Ukraine menyatakan roket itu ditembak dari kawasan yang dikuasai pemberontak manakala pemberontak pula menuduh ia ditembak oleh batalion sukarelawan Kiev. - AFP

0 Response to "Konflik: Russia Beri Amaran Kepada Ukraine"

Post a Comment