IPOH - Orang tengok padi di bendang tapi saya jumpa padi dalam longkang? luah seorang penduduk Taman Meru III C yang mendakwa tanaman itu hidup subur dalam longkang di hadapan kawasan rumahnya sejak tujuh bulan lalu.
Mohd Nor, 59, berkata, walaupun terkejut, dia percaya padi itu tumbuh disebabkan perbuatan bekas jirannya yang membuang saki baki makanan burung peliharaan ke dalam longkang.
Saya rasa ia mungkin berpunca daripada lebihan padi yang menjadi makanan burung peliharaan seorang bekas penduduk yang tinggal berhampiran rumah saya, katanya.
Mohd Nor, 59, berkata, walaupun terkejut, dia percaya padi itu tumbuh disebabkan perbuatan bekas jirannya yang membuang saki baki makanan burung peliharaan ke dalam longkang.
Saya rasa ia mungkin berpunca daripada lebihan padi yang menjadi makanan burung peliharaan seorang bekas penduduk yang tinggal berhampiran rumah saya, katanya.

Mohd menunjukkan pokok padi yang ditemui tumbuh dalam longkang di hadapan kawasan rumahnya
Dia berkata, pokok padi itu hanya disedari tumbuh kira-kira tiga bulan lepas setelah longkang berkenaan didapati tersumbat.
Longkang yang tersumbat itu berpunca daripada sistem perparitan di kawasan sekitar Persiaran Jati 5 dan Persiaran Jati 6 ini tidak diselenggarakan dengan baik, dakwanya.
Mohd berkata, keadaan sistem perparitan yang tidak terurus turut menyebabkan kejadian banjir kilat kerap melanda jika hujan berterusan lebih sejam.
Katanya, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun sehingga kini hanya sebahagian kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pihak terbabit.
Saya ada buat aduan pada 11 Januari lepas dan petang hari sama mereka datang melakukan kerja-kerja pembaikan.
Namun, hanya separuh dan masih ada lebih daripada 50 meter jarak longkang yang tidak diselenggara," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Anas Ngah Zainun, 62, berkata, PBT perlu membina culvert lebih besar pada longkang berkenaan bagi memastikan banjir kilat tidak berulang di kawasan terbabit.
Culvert jenis bulat yang sedia ada agak kecil dan tak mampu untuk menampung air hujan yang melalui longkang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan sekitar ditenggelami air dan kadang-kadang hingga paras betis, katanya.
Anas berkata, banjir kilat itu menjejaskan dan menyukarkan pergerakan penduduk sekitar serta orang ramai yang menggunakan laluan terbabit.
Bukan sahaja digenangi air, bahkan banjir kilat itu turut menyebabkan banyak sampah sarap dan pasir halus terkumpul di hadapan rumah saya,? katanya.
sumber: sinarharian.com.my
0 Response to "Jumpa Padi Tumbuh Dalam Longkang"
Post a Comment