Hot !

heheh ! Penguin Pandai Main IPAD!!




CALIFORNIA – Sebuah zoo di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS) menyediakan sesi bermain iPad untuk penguin selepas haiwan tersebut didapati gemar bermain dengan gajet tersebut.



Kakitangan Akuarium Pasifik, Sara Mandel melaporkan, pada awalnya zoo tersebut hanya menyediakan permainan dinamakan Permainan Untuk Kucing di iPad untuk kucing.



“Namun, kami dapati penguin juga gemar bermain permainan ini. Ketika saya meletakkan kucing dalam kurungan, penguin pula mengambil tempat untuk bermain menggunakan paruh,”katanya.



Kakitangan zoo turut berasa hairan dengan aksi penguin berkenaan yang bermain permainan mengejar tikus itu dan mampu mencapai markah tinggi.



Mandel berkata, selain dua sekor penguin jenis Magellanic bernama Jeremy dan Newson, banyak haiwan lain didapati turut leka bermain iPad.



“Semua binatang mula bermain dengan iPad itu sehingga leka, sekali gus memudahkan kami memeriksa haiwan terbabit,” katanya.



Sukarelawan zoo, Hugo Ryono merupakan individu pertama yang menjalankan eksperimen permainan iPad di zoo itu pada 2013.



Dia mengemukakan idea berkenaan selepas satu perbincangan diadakan dengan penjaga haiwan untuk membolehkan permainan iPad digunakan sebagai alat bantuan kepada penguin.



“Seperti kucing, penguin juga bersifat ingin tahu. Jadi idea untuk menggunakan permainan virtual ini adalah sesuatu yang perlu saya cuba,” katanya.

 

 


 

sumber: Kakishare.com

0 Response to "heheh ! Penguin Pandai Main IPAD!!"

Post a Comment