Hot !

GST Tidak Naikkan Harga Barang Kemas






KUALA LUMPUR 8 Jan. ? Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia menjangkakan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menaikkan harga barang kemas.

Presidennya, Ermin Siow (gambar) berkata, GST bukan satu kos kepada peruncit berdaftar kerana mereka layak menuntut cukai input kos barang atau perkhidmatan.

Katanya, pasaran barang kemas dan emas di Malaysia berkemungkinan perlahan beberapa bulan selepas pelaksanaan GST berikutan ramai pengguna dijangka membeli barangan tersebut sebelum GST.

Ujar beliau, peniaga emas di Singapura contohnya memerlukan sehingga setahun untuk perniagaan mereka kembali seperti biasa, malah bar emas bagi tujuan pelaburan juga tiada pengecualian GST sehingga Oktober 2012.

?Oleh itu, senario di Malaysia adalah lebih baik berikutan kerajaan mengecualikan GST untuk bar emas pelaburan diluluskan oleh London Bullion Market Association (LBMA).

?Ini kerana dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus jualan barang kemas disumbangkan oleh bar emas pelaburan, justeru kesan negatif GST di Malaysia akan lebih rendah berbanding Singapura,? katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Siow, waktu kini sebenarnya adalah masa sangat baik untuk pelaburan emas bukan kerana GST belum dilaksanakan sebaliknya berikutan harga emas antarabangsa yang rendah.

Tambahnya, ramai pengguna tidak sedar mengenai harga emas yang semakin berkurangan perlahan-lahan dari semasa ke semasa buktinya selepas krisis emas tahun lalu, harga emas adalah AS$1,400 (RM4,897) dan harga emas semasa hanya AS$1,208 (RM4,310).


sumber: utusan

0 Response to "GST Tidak Naikkan Harga Barang Kemas"

Post a Comment