Gara-gara "kantoi" melayari laman lucah di internet, seorang remaja perempuan di St. Petersburg, Rusia bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 pangsapuri kediaman keluarganya, semalam (Rabu).
Remaja yang dikenali sebagai Daria, 12, itu bertindak sedemikian selepas berperang mulut dengan ibu bapanya apabila mengetahui dia melayari laman tersebut menerusi komputer peribadinya.
Remaja yang dikenali sebagai Daria, 12, itu bertindak sedemikian selepas berperang mulut dengan ibu bapanya apabila mengetahui dia melayari laman tersebut menerusi komputer peribadinya.

Daria, 12, membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 blok pangsapuri ini di St. Petersburg
Menerusi Mail Online, ibu bapanya turut menemui mesej berbaur lucah antara anak mereka dan rakan-rakan perempuan yang lain di telefon bimbitnya.
Sumber turut memberitahu, remaja itu dibesarkan oleh keluarga yang normal dan tidak pernah terlibat dengan sebarang masalah berkaitan penjagaan kanak-kanak.
Bagaimanapun,ada juga laporan yang menyebut ibu bapa remaja itu sedang dalam proses untuk bercerai.
Kejadian itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen Rusia dan ada di antara mereka yang menyalahkan ibu bapanya.
Saya tak dapat bayangkan apa yang mereka katakan kepada remaja malang itu. Mereka sepatutnya menasihatkannya dengan tenang, tulis seorang pengguna laman sosial.
Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar tindakan remaja itu. - MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Gadis Bunuh Diri Lepas Kantoi Layari Laman Lucah"
Post a Comment