Hot !

FAZURA : Saya Suka Berkawan Dengan Dia Kerana Dia Bijak !!



Aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 31, mengakui sudah lama berkawan baik dengan penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah.



Malah, bintang filem Manisnya Cinta di Cappadocia ini menyatakan dia cukup selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu sambil menyifatkan Taufik seorang lelaki yang bijak. Namun, Fazura menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kenalan rapat.





“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.



“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM).



“Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media produk kecantikannya, Supplemen Pelansingan Badan ‘FazFit’ di Kuala Lumpur, semalam.



Fazura mengulas lanjut hubungannya dengan penyanyi yang popular dengan single, Awak Kat Mana selepas sejak akhir-akhir ini, kelibat mereka mencuri tumpuan ramai peminat.



Malah, setiap kali Fazura memuat naik gambar mereka berdua di laman sosial, Instagram miliknya, gambar tersebut pasti mendapat ribuan ‘like’ daripada peminat. Justeru, ramai peminat seakan gembira dengan hubungan mesra kedua selebriti ini.









Dalam pada itu, Fazura juga menjawab isu dia bengang terhadap sikap berlagak Zizan Razak sewaktu di MLM pada minggu lalu apabila pelawak itu menympuk percakapan Fazura ketika sedang memberi komen yang menunjukkan sikap biadap dan kurang disenangi penonton.



“Saya tidak tujukan pada Zizan tetapi pada kumpulan Virus (dianggotai Zizan, Yus Jambu dan Taukeh). Dua kali mereka menyampuk ketika juri sedang memberi komen.



“Bukan senang untuk juri mengatakan sesuatu persembahan itu hambar sebab kami sayangkan semua peserta.



“Namun, sikap Virus menunjukkan mereka tidak ambil serius dan pada minggu ini (Jumaat), peserta memasuki cabaran semi final dan final pada minggu depan, Jadi, bagi saya sikap mereka itu tidak wajar.



“Saya dengan Zizan adalah kawan tetapi dalam MLM, saya sebagai juri dan dia adalah peserta. Jadi saya berharap dia boleh tunjukkan sikit rasa hormatnya pada saya juga juri lain.



“Sebenarnya, sebelum saya ‘tweet’ ramai peminat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sikap Zizan itu. Jadi, apabila sampai di rumah, sebelum tidur saya bermuhasabah diri dan tiba-tiba saya rasa nak ‘tweet’ mengenai sepopular mana pun kita kenalah ada budi bahasa.



“Hal ini kecil saja, cuma ia sengaja diperbesarkan. Zizan mungkin minta maaf apabila dia juga bukan tuju pada saya dan mungkin dia mahu minta maaf pada semua orang,” katanya.



Di samping meneruskan kerjaya lakonan dan perniagaan butik menerusi syarikatnya, Doll Domination Sdn Bhd, Fazura kini meluaskan perniagaannya menerusi produk pelangsingan FazFit.





Sumber

0 Response to "FAZURA : Saya Suka Berkawan Dengan Dia Kerana Dia Bijak !!"

Post a Comment