
Usaha mempertahankan Pantai Timur Sabah daripada ancaman pencerobohan pengganas Sulu selatan Filipina mendapat sokongan berharga daripada Brunei yang bersetuju menyumbang helikopter untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kementerian Pertahanan Brunei menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan ia bersetuju menyumbang helikopter jenis Sikorsky S-70A Blackhawk kepada Malaysia.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah helikopter yang bakal disumbang kepada ATM.
"Kerjasama (di antara Brunei dan Malaysia) akan dipertingkatkan dengan rancangan penyerahan helikopter S-70A Blackhawk milik Tentera Udara Diraja Brunei kepada Angkatan Tentera Malaysia," menurut Kementerian Pertahanan Brunei.
Helikopter Blackhawk masih lagi digunakan di Brunei, sebelum diserahkan kepada ATM seawal September ini apabila negara yang kaya minyak itu menerima versi helikopter yang lebih moden S-70i untuk kegunaannya.
Kedua-dua pihak menurut kementerian terbabit, akan berbincang lebih lanjut tentang rancangan penyerahan helikopter terbabit.
Kementerian Pertahanan Brunei berharap sumbangan helikopter tentera buatan Amerika Syarikat akan meningkatan keupayaan ATM dan kerjasama kedua-dua negara dalam memeliharan keamanan dan keselamatan serantau.
Kedua-dua negara mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan ATM dan Angkatan Tentera Diraja Brunei menyumbang anggota tentera dalam misi di Lubnan dan selatan Filipina. - MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/ms/nasion...epada-malaysia
0 Response to "Brunei sumbang helikopter Blackhawk kepada Malaysia"
Post a Comment