GEORGE TOWN, 22 Januari: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 11 Februari
ini sebagai tarikh untuk memutuskan jumlah ganti rugi bagi saman kecuaian
perubatan yang dimenangi bekas atlet junior kebangsaan, Nor Azleen Mohammad
Mustafa.
Peguam, Dr N. Ahilan yang mewakili Nor Azleen berkata, anak guamnya memfailkan tuntutan RM4.6 juta bagi ganti rugi am dan khas.
Katanya, satu tarikh ditetapkan bagi kedua-dua pihak mengemukakan hujah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin.

Nor Azleen lumpuh sebahagian tubuh, akibat pembedahan tulang belakang pada 3 September 2005. - Foto Bernama
Nor Azleen, 24, bekas pelari 100 meter yang mewakili Pulau Pinang dan Malaysia pada kejohanan junior, memfailkan saman itu terhadap Dr Omar Md Isa dari Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) beberapa tahun lalu, selepas lumpuh sebahagian tubuh, akibat pembedahan tulang belakang pada 3 September 2005.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak samannya pada 9 November 2012, Nor Azleen memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 21 Julai tahun lalu, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, meluluskan permohonannya untuk merayu.
sumber: therakyatpost.com
0 Response to "Bekas Atlet Lumpuh Lepas Pembedahan Tulang Belakang Menang Saman"
Post a Comment