Hot !

Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Sukarkan Guru

SHAH ALAM - Sekiranya pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, ia akan menyukarkan guru bagi mengawal penggunaannya.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, ini kerana bilangan pelajar di sekolah terlalu ramai berbanding dengan guru yang mengajar.

?Susah nak kawal, terutamanya melalui telefon pintar yang dilengkapi internet pastinya pelajar mudah akses macam-macam laman web.






Gambar Hiasan.



?Ia akan mengganggu pembelajaran kerana akan ada pelajar yang mungkin leka bermain permainan yang dimuat naik dalam telefon mereka,? katanya.

Selain itu, katanya, telefon pintar mungkin menjadi punca pergaduhan pelajar.

?Banyak perkara boleh berlaku, antaranya pergaduhan dengan menghantar mesej melalui aplikasi WhatApps memburukkan rakan, merakamkan gambar tidak elok.

?Lebih banyak perkara tidak baik daripada baik dalam cadangan membenarkan pelajar menggunakan telefon pintar di sekolah ini kerana jika mahu berhubung dengan keluarga andai berlaku kecemasan, pihak sekolah akan membenarkan murid menggunakan telefon pejabat,? ujarnya.

Sehubungan, beliau mencadangkan supaya semua sekolah dilengkapi telefon awam bagi memudahkan pelajar berhubung dengan ibu bapa.

?Diharapkan ibu bapa meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak sekolah,? kata beliau.

Telefon boleh jadi punca pergaduhan

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian terhadap golongan pendidik mendapati, rata-rata tidak bersetuju jika pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Seorang guru yang bertugas di Sarawak berkata, beliau bimbang jika pelajar dibenarkan membawa telefon ke sekolah, ia akan menyebabkan penyalahgunaan sehingga mengganggu pembelajaran.

?Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran kerana leka bermain telefon tanpa menghiraukan waktu belajar.

?Mungkin juga berlaku kecurian telefon yang akhirnya menyebabkan pergaduhan dan sebagainya,? katanya.

Seorang lagi guru yang bertugas di Perak juga mempunyai pendapat sama dan merasakan tiada keperluan untuk pelajar membawa telefon ke sekolah.

?Penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar, jadi tiada guna ke sekolah jika tidak mahu belajar.

?Selain itu, ia mungkin digunakan untuk meniru atau memberitahu jawapan ketika peperiksaan,? ujarnya.

Selain itu, seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di Selangor juga berharap, peraturan tidak membenarkan pelajar membawa telefon dikekalkan.

"Cukup-cukuplah guna telefon setakat luar sekolah sahaja.

?Ibu bapa juga perlu pastikan anak-anak tidak membawa telefon kerana tidak ada kepentingan sehingga mereka perlu membawa telefon ke sekolah,? kata beliau.

Pada 2012, kerajaan mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah di negara ini yang dikeluarkan melalui satu surat pekeliling pada 2009.

Baru-baru ini,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, menyarankan Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula penggunaan telefon bimbit di sekolah memandangkan ia adalah keperluan dan tuntutan semasa.

Menurutnya, penggunaan telefon kini mustahil untuk disekat dan fokus harus diberikan kepada penggunaan telefon secara positif.

0 Response to "Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Sukarkan Guru"

Post a Comment