IPOH - Lima penumpang bas henti-henti termasuk konduktor terselamat apabila bas yang dinaiki nyaris merempuh sebuah kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar di sini, semalam.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, bas dipandu lelaki berusia 61 tahun melanggar tiang di hadapan kedai terbabit.
Bas henti-henti yang membawa empat penumpang dan seorang konduktor merempuh tiang kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar.
Menurutnya, siasatan mendapati bas itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Rambutan menuju ke Stesen Bas Medan Kidd
"Tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu melanggar sebuah bas lain di hadapannya.
?Akibat pelanggaran itu, bas terbabit terbabas lalu melanggar tiang kedai gambar. Lima penumpang termasuk konduktor berada dalam bas terbabit manakala bas yang dilanggarnya tiada penumpang,? katanya.
Wan Sharuddin berkata, pemandu bas itu hanya mengalami lebam di dada manakala seorang pemandu bas lain yang berusia 53 tahun tidak cedera.
Jelasnya, penumpang bas berkenaan dan pemilik kedai gambar tidak cedera.
?Kesemua pihak masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,? katanya.
0 Response to "Bas Rempuh Tiang Kedai"
Post a Comment