Hot !

Bas Bawa Banduan Dirempuh Kereta Api, 11 Maut




ODESSA, Amerika Syarikat ? Sebanyak 11 penumpang termasuk lapan banduan maut selepas sebuah bas yang mereka naiki terbabas ke dalam satu landasan sebelum dirempuh sebuah kereta api barang.

Kejadian yang berlaku di sebuah lebuh raya berhampiran Odessa di negeri Texas itu turut menyebabkan empat banduan dan seorang pegawai cedera.

 


AP - ANGGOTA polis memeriksa bas yang terbabas sebelum dirempuh kereta api di bandar Odessa di negeri Texas, Amerika Syarikat yang menyebabkan 11 penumpang terbunuh kelmarin.

 



Seorang pegawai polis, Sheriff Mark Donaldson berkata, bas yang membawa sekumpulan banduan itu tergelincir lalu hilang kawalan selepas melalui jalan raya yang berais di sebuah jambatan di lebuh raya negeri itu.




AP - SEJUMLAH barangan berterabur di tepi landasan selepas sebuah kereta api barang merempuh bas yang membawa banduan.

Bas itu kemudiannya terbabas masuk ke dalam satu laluan kereta api dan terus dirempuh sebuah kereta api barang yang sedang bergerak laju.

Seorang pegawai di Jabatan Keselamatan Awam Texas, Elizabeth Barney berkata, rempuhan yang kuat itu menyebabkan sebahagian penumpang bas berkenaan tercampak keluar dari kenderaan.

Semua banduan tidak memakai tali pinggang keledar dan mereka juga digari secara berpasangan, katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati bas tersebut dipercayai terbabas akibat hilang kawalan kerana jalan ketika itu dilitupi ais.

Bagaimanapun, kereta api yang membawa pelbagai barangan itu tidak tergelincir dan hanya mengalami kerosakan pada bahagian gerabak. - Agensi

0 Response to "Bas Bawa Banduan Dirempuh Kereta Api, 11 Maut"

Post a Comment