Seorang lelaki bergelar ayah di India ditahan kerana cuba menanam anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup kerana anak berjantinakan perempuan.
Ayah Tanam Anak Hidup-Hidup Kerana Jantina Perempuan |
Abdul Hussein dituduh melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar dan cuba menanam anaknya sendiri di taman belakang rumah mereka.
Menurut saksi, dia ternampak Abdul Hussein mengali lubang dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangan kanak-kanak itu diikat dan mulutnya ditutup.
Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga ke paras dada namun terpaksa dihentikan penanaman buat seketika kerana isterinya sudah pulang ke rumah.
Suspek telah menutup kepala anaknya dengan menggunakan bakul buluh bagi melindungi perbuatannya daripada diketahui isteri.
Walaubagaimanapun, perkara itu telah dibongkarkan oleh jiran-jiran yang telah melihat kejadian dan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.
Sumber : Bernama
0 Response to "Ayah Tanam Anak Hidup-Hidup Kerana Jantina Perempuan"
Post a Comment