Hot !

Anak Pengawal, Antara 2 Terbaik STAM Di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Anak kepada pengawal keselamatan Mohd Hafiz Izuddin Ahmad Ridzwan muncul pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 di Terengganu apabila memperoleh mumtaz (cemerlang) dalam semua 10 matapelajaran yang diambilnya.

Selain Mohd Hafiz Izuddin seorang lagi calon, Adleen Nur Mustafa Kamal kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin di sini turut mendapat mumtaz dalam semua 10 matapelajaran dan mereka adalah dua pelajar terbaik STAM Terengganu.



Mohd Hafiz Izuddin Ahmad Ridzwan menunjukkan sijil keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berjaya dicapainya selepas menerima keputusan STAM di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Bernama



Ketika ditemui pemberita Mohd Hafiz Izuddin berkata istiqamah dalam mengulang kaji pelajaran, hormat kepada guru dan solat tahajud adalah resipi kejayaannya.

"Biasanya saya ulang kaji pelajaran selepas solat Isyak dan sentiasa bertanya kepada guru untuk lebih memahami sesuatu subjek itu.

"Insya-Allah saya akan teruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini untuk mengejar impian menjadi pensyarah dan pendakwah bebas sekali gus membalas jasa baik kedua orang tua saya," kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.

Adleen Nur yang muncul pelajar terbaik STAM Terengganu bagaimanapun tidak hadir mengambil keputusan di sekolah kerana komitmen kerja di Negeri Sembilan.

Seramai 42 pelajar dari sekolah itu menduduki STAM pada tahun lalu dan daripada jumlah itu, sembilan calon atau 21.43 peratus mendapat mumtaz sementara 21 calon memperoleh jayyid jiddan dan 12 calon jayyid. - Bernama



Sumber

Related Posts :

0 Response to "Anak Pengawal, Antara 2 Terbaik STAM Di Terengganu"

Post a Comment