YANG JELIK DAN YANG PELIK SEKITAR AJL 29-
Seperti yang korang semua tahu, malam tadi telah berlabuhnya tirai Juara Lagu 29 dengan menyaksikan lagu yang bergenre hip hop diangkat sebagai juara. Tahniah kami ucapkan kepada pemenang Joe Flizzow & Sona One.... Namun, korang perasan tak ada beberapa perkara pelik dan jelik sepanjang AJL29 malam tadi? Kalau tak, cer nengok ni :
1. QU PUTEH OVERSHADOW AJL 29
Kalaulah korang perasan, berpuluh kali jugalah AG dok sebut-sebut ‘Qu Puteh barulah putih’. Si Juliana Evans pon sebut da cam terpaksa ajew..... Ya, memanglah Qu puteh merupakan penaja utama AJL29, tapi bila dah banyak kali sebut, annoying pun ada!!! Siap kena troll lagi dengan pengguna laman sosial..huhu
2. "TOPI" ALUMINIUM ALYAH
Ni ha lagi satu. Kami tak salahkan pereka fesyen, tetapi adakah Alyah sendiri dah habis fikir ketika membuat keputusan untuk mengenakan topi aluminium ni? Kami rasa, Alyah boleh tampil dengan imej yang lagi menarik kerana lagu yang dibawakan pun amatlah meruntun jiwa. Bila topi jadi perhatian, hilang terus fokus pada lagu yang amat syahdu tu...
3. STACY & ORANG-ORANG KAMPUNG
Baju dah cantik dan fresh da.... siap adew donut-donut lagi kat skirt tu. Tapi, yang jeliknya, kenapalah Stacy bawa ‘satu kampung’ dalam persembahannya, macam buat semak ajew... Bukan apa, kalau Anugerah Juara Lagu dulu-dulu, yang bawa satu kampung ke pentas biasanya Noraniza Idris je.
4. CHANDELIAR BERDERAI
Perasaan kagum mendengar vokal mantap Indah Ruhaila ketika mendendangkan lagi ‘Percayalah’ terhenti apabila kami dikejutkan dengan insiden lampu jatuh. Fuh! Just nice je timing dengan suara Indah. Tapi, bila kami tengok balik di tonton, rasa macam lampu sengaja dijatuhkan. Gimik persembahan mungkin.
5. SAM BUNKFACE ATAU AWEERA YANG PERFORM
Terkejut juga kami bila lihat persembahan Bunkface. Mula-mula ingatkan Aweera yang perform. Eh! Takkanlah Aweera merajuk sampai nak join Bunkface kan? Tapi, serius rasa macam terpandang bayang-bayang Aweera apabila terpandang rambut Sam. Hehe...
Sumber: ohbulan
0 Response to "5 PERKARA YANG JELIK & PELIK SEKITAR AJL 29 YANG KORANG TAK TAHU."
Post a Comment