Hot !

2 Janin Kembar Ditemui Di Laut Kampung Air, Sandakan


SANDAKAN – Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd. Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain.
Beliau berkata, janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5 manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.
Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent.
Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222. – BERNAMA

0 Response to "2 Janin Kembar Ditemui Di Laut Kampung Air, Sandakan"

Post a Comment