Hot !

Zalif Urus Sendiri Kerjaya

Memulakan langkah di persada seni sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PR) di KRU Studios, Zalif Sidek akhirnya mengubah haluan untuk membina nama dalam bidang lakonan.


Zalif urus sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon zalif Sidek

Apatah lagi, bersandarkan bakat lakonan dimiliki dia berjaya menerima pelbagai tawaran. Kini, Zalif sudah mampu tersenyum apabila namanya makin dikenali.

Bersua Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar, 29, baru-baru ini, pelakon filem Papa I Love You itu berkata, dia merancang untuk bergerak sendiri selepas kontraknya dengan pihak pengurusan sekarang akan berakhir tidak lama lagi.

"Tempoh empat tahun aktiviti lakonan diselia syarikat pengurusan sudah cukup bagi saya menimba pelbagai pengalaman terutama peluang membina nama sebagai pelakon.

"Kini, saya yakin sudah mampu berdikari dan mengorak langkah sendiri dalam bidang lakonan di negara ini. Saya akan berusaha gigih mencari peluang.

"Meskipun selepas ini tidak bernaung lagi di bawah pengurusan lama, namun saya tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan mereka. Itu pun jika masih ada tawaran dan peluang," katanya.

Mengakui tiada sebarang konflik dengan majikannya, Zalif berkata, pengunduran itu diambil kerana percaya peluang untuknya lebih besar apabila bergerak sendiri.

"Jika ketika bersama KRU Studios dulu pun saya boleh mara membina nama dengan usaha sendiri, kali ini saya yakin masih lagi mampu melakukannya.

"Saya sudah sedia untuk turun padang sendiri menguruskan segala agenda promosi dan publisiti kerjaya lakonan diceburi.

Saya yakin dengan kemampuan diri," katanya.

Berbicara sama ada dia juga akan cuba membabitkan diri dalam bidang penulisan skrip seperti rakan baik, Epy Kodiang, pastinya Zalif dengan pantas mengakui dia tiada bakat menulis.

Katanya, buat masa ini dia mungkin hanya berbakat dalam bidang lakonan. Namun, untuk cuba menulis skrip memang dia tidak mampu melainkan menyumbang idea.

Mengulas juga soal impian untuk duduk di kerusi pengarahan, Zalif berkata, dia masih baru dalam lakonan dan banyak perkara yang kurang dan perlu diperbaikinya.

"Apapun, saya fikir sekarang lebih baik berlakon saja kerana masih banyak kelemahan dan kekurangan perlu diperbaiki. Jadi, jika mahu duduk di kerusi pengarah memang saya belum layak.

"Saya hanya yakin melakukannya (mengarah) jika sudah cukup ilmu di dada.

Namun, sekarang agak terlalu awal untuk saya mencuba," katanya.

Mengenai perkembangan kariernya, Zalif berkata dia sudah tiga bulan menjalani penggambaran drama Selipar Jepun Stiletto Merah arahan Hashim Rejab.

Katanya, drama 13 episod itu menggandingkannya dengan barisan pelakon lain seperti Ryzal Jaafar, Shima Anuar, Delimawati dan Mahmud Ali Basha.


Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Zalif Urus Sendiri Kerjaya"

Post a Comment