Primadona veteran, Neng Yatimah,
91, ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof dilaporkan koma di Hospital
Khoo Teck Phuat, Singapura, sebentar tadi.
Pelakon era 1940-an dan 1950-an itu dikatakan
mengalami sesak nafas serta tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru dan
dikejarkan ke hospital, lewat petang tadi.
Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu, bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya diikuti majlis tahlil, malam semalam.
Azlynna yang juga anak Allahyarham Mustapha berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun serta pernah membintangi filem Ibu bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sumber : hmetro.com.my
0 Response to "Primadona Neng Yatimah Koma"
Post a Comment