Kuala
Lumpur: Pilu apabila seorang ibu hanya mampu terduduk dan meratap hiba di sisi
mayat anak lelakinya yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Danau Kota,
Setapak di sini, pagi semalam.
Dalam
kejadian jam 6.40 pagi itu, Mangsa, Muhammad Azly Razelan, 19, yang menunggang
motosikal terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian
berhampiran pusat beli-belah Festival City di sini.
Ibu
mangsa yang berusia 50-an bagaimanapun berkeras mahu pergi ke lokasi tragedi
selepas dimaklumkan berhubung kematian anak bongsunya itu.
Difahamkan
mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan Arab kira-kira dua
kilometer dari lokasi kejadian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di
Gombak.
Pegawai
Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markhandan
berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC 135
maut akibat kecederaan di tubuh dan kepala.
0 Response to "Terkorban Dalam Kemalangan"
Post a Comment