Pergolakan
rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal
menemui titik nokhtah pada Selasa depan.
Peguam
yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana
terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai
secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.
Ada
beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat,”
katanya.
Hakim
Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan
penangguhan prosiding itu.
Di
luar mahkamah Rubiah memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah
hak penjagaan anak dan sebagainya. Nur
Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian
secara baik pada 15 September lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Rumah
tangga pasangan ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie,
didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Hanez Suraya. Sumber Sinar
Harian.
0 Response to "Rumah Tangga Romie & Liyana Manan Bakal Berakhir Selasa Depan"
Post a Comment