Kuala
Lumpur: Pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof, 79, yang mengalami masalah
paru-paru kini kritikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di
sini.
Beliau
sebelum itu dimasukkan ke Institut Respiratori, Jalan Pahang, di sini, pada 25
November lalu apabila mengadu sesak nafas.
Beliau
dipindahkan ke hospital berkenaan semalam dan kini dilaporkan berada dalam
keadaan tidak sedarkan diri serta menggunakan alat bantuan pernafasan.
Rakan
baiknya, penerbit filem N Panchacharam, 60, atau Pansha berkata, keadaan
kesihatan Musthapa semakin merosot berbanding sebelumnya.
"Saya
dihubungi anaknya, Rezal yang memberitahu keadaan terkini bapanya dan segera
mengunjungi beliau di sana sekitar jam 1 tengahari tadi.
"Keadaannya
memang tidak sedarkan diri. Saya difahamkan paru-paru kanannya sudah rosak,
manakala paru-paru kiri pula dijangkiti kuman.
"Doktor
sukar untuk lakukan pembedahan memandangkan berikutan usianya.
"Justeru
saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik dan semoga dia cepat sembuh kerana
dia seorang kawan yang baik,"katanya ketika dihubungi.
Menurutnya,
pelakon popular era Studio Cathay-Keris di Singapura ini rajin menghubunginya
dan sering berbual mengenai dunia perfileman tanah air.
"Paling
akhir dia menghubungi saya ialah dua minggu lalu. Seringkali saya lihat keadaan
kesihatannya biasa saja kerana tidak pernah kena sakit yang serius.
"Bagaimanapun
saya terkejut apabila anaknya memberitahu Mustapha mempunyai masalah di
paru-paru dan pernafasan," katanya.
Sementara
itu, menantunya penyanyi Fredo pula ketika dihubungi enggan mengulas keadaan
kesihatan terkini bapa mentuanya.
Mustapha
dilahirkan pada 1 Januari 1935 di Kuala Lumpur.
Antara
filem lakonannya ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Beliau
pernah mendapat Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 serta
Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.
0 Response to "Seniman Mustapha Maarof Kini Kritikal"
Post a Comment