Hot !

Nyaris Maut Kerana Kereta Terbakar




Kuantan: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Bukit Ubi di sini.
Mangsa Qahar Mat Yusof, 26, yang tinggal di Rancangan Tanah Pemuda
(RTP) Bukit Goh di sini, tidak mengalami sebarang kecederaan namun
terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM12,000.

Qahar berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Indera Mahkota dari bandar ini untuk menyelesaikan urusan kerja berhenti di jalan berkenaan kerana lampu isyarat merah.

Katanya, dia menyedari kejadian itu selepas berasa panas di lantai kenderaan sebelum melihat api secara tiba-tiba merebak dengan pantas sebelum membakar bahagian enjin kenderaan.


Katanya, dia bergegas menanggalkan tali pinggang keledar untuk
menyelamatkan diri.

0 Response to "Nyaris Maut Kerana Kereta Terbakar"

Post a Comment