Hot !

Pengguna Laman Sosial Akhirnya Dedah Penyakit Misteri Tunku Abdul Jalil ?

Ramai sedia maklum, salah seorang putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar sedang mengalami masalah kesihatan.



Lantas, rakyat Johor tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mendoakan agar Tunku Laksamana itu kembali sihat.



Tunku Jalil bersama Dato Siti Nurhaliza 


Satu majlis mendoakan kesejahteraan putera tersebut diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandar Raya Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi dan mengumpul lebih kurang 3,000 peserta terdiri daripada penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Sokka, Gakai dan Bahai.




Menurut pengarah program berkenaan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, ia dilakukan sebagai lambang pemuafakatan rakyat Johor selain tanda taat setia kepada raja.



saksikan TJ nyanyi lagu Salam Akhir bersama Siti dalam wad


Hadir sama ke program tersebut adalah Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan anggota Dewan Negara, Senator Chia Song Cheng.


Terkini

Tunku Laksamana Johor selamat jalani pembedahan di Guangzhou 

JOHOR BAHRU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Tunku Abdul Jalil Sultan yang selamat menjalani pembedahan, semalam kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Guangzhou, China. 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu. 

"Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi. 

"Justeru, sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Jemaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Tunku Abdul Jalil kini sedang berehat dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan di sini. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Serindit, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, sebentar tadi.


sumber : http://www.dramadunia.my/2014/12/sakit-misterirakyat-johor-bukan-islam.html#more

0 Response to "Pengguna Laman Sosial Akhirnya Dedah Penyakit Misteri Tunku Abdul Jalil ?"

Post a Comment