Hot !

Pencuri Hantar Nota Maaf Beserta RM150 Lepas Pecah Kereta Imam


Siapa sangka, selepas memecahkan kereta seorang ustaz beberapa hari lalu, si pencuri kemudiannya bertindak menghantar surat permohonan maaf kepada empunya kereta.
Bukan itu sahaja, dalam surat tersebut juga, si pencuri mengirimkan wang ganti rugi sebanyak RM150 buat ustaz terbabit untuk menggantikan kembali cermin kereta yang telah dipecahkan.
Memetik portal Oh!Media, kejadian pecah kereta itu menimpa imam Masjid As-Syakirin, Gombak iaitu Ustaz Muhaimin bagi tujuan merompak.
Namun, petunjuk Yang Maha Esa itu lebih besar, beberapa hari kemudiannya, ustaz terbabit menerima kiriman sepucuk surat bersama-sama duit dari penjenayah terbabit.
Tulis si penjenayah terbabit, “Tolong jangan buat apa-apa pada saya, kalau tuan ada buat apa-apa pada saya tolong tarik balik, saya tak ambil apa-apa dari kereta Persona belakang masjid maghrib hari tu.
Saya sekalikan RM150 untuk tuan ustaz baiki cermin balik. Tolong la jangan buat apa-apa pada saya.”
Itulah, perbuatan buruk terhadap pihak lain pastinya akan mendapat balasan. Namun begitu, melalui laporan tersebut, pengirim surat tidak menyatakan ‘balasan’ yang diterimanya sehingga memutuskan untuk memohon maaf.
Buat pencuri, perompak, peragut dan penjenayah di luar sana, beringatlah, jangan sesekali mengambil sesuatu yang bukan milik anda kerana pastinya, kuasa Dia mengatasi segala-galanya. 

0 Response to "Pencuri Hantar Nota Maaf Beserta RM150 Lepas Pecah Kereta Imam"

Post a Comment