Minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada jumaat lalu kembali dengan tema Bebas. Rata-rata kumpulan yang bertanding menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan di samping berjaya memikat hati juri.
Mana tidaknya, kumpulan
seperti Zero dan Nabil berjaya menerima pungutan lima bintang menerusi sketsa
hebat mereka. Namun satu perkara yang tidak diduga berlaku apabila Datuk
Jalaluddin Hassan bertindak meninggalkan kerusi juri.
Jangan salah sangka,
sebenarnya Datuk Jalaluddin Hassan hanya tinggalkan kerusi juri buat seketika
sahaja dan naik ke pentas untuk memberi komen kepada kumpulan
Jalor.
Walau bagaimanapun tindakannya
itu agak memeranjatkan penonton. Pada awalnya peminat menjangkakan kumpulan
Jalor bakal dimarahi oleh Datuk Jalaluddin Hassan ekoran lawak yang dilakukan
Joey. Iyalah sampai Joey melutut mohon maaf kepada Datuk Jalaluddin
Hassan.
Datuk Jalaluddin Hassan
sebaliknya memuji persembahan Jalor sambil menganggap ada peningkatan berbanding
minggu sebelumnya. Korang rasa
betul ke ada peningkatan?
Minggu kelima menyaksikan dua
penyingkiran berlaku iaitu kumpulan Wala dan Eksoz yang mendapat undian
terendah. Selain itu, Ilya Senario atau dikenali sebagai Pak Ya terpaksa menarik
diri daripada terus berjuang bersama Sepahtu kerana masalah
kesihatan.
Sebelum itu Nabil tampil
memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan lawak yang dilakukannya
pada minggu kedua. Lawak yang mana? Alah lawak yang para gadis akan mendapat
keyakinan serta-merta sebaik memakai tuala wanita itu. Ingat tak?
Setakat hari ini, kumpulan
Zero masih lagi mengungguli kedudukan undian dengan 30% diikuti oleh Shiro dan
Virus. Kumpulan favourite korang nombor
berapa sekarang? Vote ke
tidak?
0 Response to "MLM2014 :Punca Sebenar Datuk Jalaluddin Hassan Tinggalkan Kerusi Juri Dengan Lawak Jalor"
Post a Comment